Top posts

Featured Posts

Lim: Pelawak macam Harith dah tak boleh cari makan

Pelawak seperti Harith Iskandar bakal berhenti kerja tidak lama lagi kerana tempatnya akan diambil alih oleh ahli politik seperti Datuk Ahmad Maslan, sindir ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Menurut Lim, apabila Harith menjadikan kenyataan Ahmad semalam sebagai jenaka, 'saham' bagi menteri itu jatuh ke paras yang paling rendah.
"Tidak lama lagi, pelawak seperti Harith terpaksa berhenti kerja kerana menteri dan timbalan menteri seperti Ahmad Maslan dan lain-lain akan mengambil alih tugas mereka; pelawak profesional mungkin tiada pilihan untuk menceburi politik," katanya.
Harith semalam mencuri tumpuan apabila mengulas mengenai saranan Ahmad supaya rakyat Malaysia melakukan dua pekerjaan untuk menampung kos sara hidup.
Kata Harith, beliau merupakan pelawak, pengacara, penulis, pelakon, jurulatih dan pengarah. Namun katanya, ia tidak bermaksud beliau mempunyai enam kerja tetapi hanya melakukan enam perkara berbeza.
"Dalam konteks kakitangan kerajaan, anda boleh kata saya pegang enam pekerjaan berbeza.
"Kerja adalah sesuatu yang kita lakukan setiap hari, sepanjang hari. Jadi, untuk seseorang itu mempunyai dua pekerjaan, maksudnya dia perlu bekerja minimum dua kali dalam 8 jam sehari. Itu adalah 16 jam waktu bekerja setiap hari," kata Harith.
Mengulas lanjut, Lim berkata sekiranya mengikut definasi Ahmad Maslan, orang yang paling banyak melakukan kerja di negara ini tidak lain ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Katanya, Najib adalah perdana menteri, menteri kewangan, presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional, ahli parlimen Pekan dan Pengerusi 1MDB, bahkan pada satu-satu masa pernah menjawat menteri wanita.
Bahkan katanya, Najib juga tidak lama lagi akan mendapat jawatan sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara apabila undang-undang itu diluluskan di parlimen.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog