Top posts

Featured Posts

GST kupon relod membodoh-bodohkan rakyat

KENYATAAN Menteri Datuk Ahmad Shabery Cheek berhubung GST untuk "reload coupon" nampaknya umpama memperbodohkan rakyat saja, termasuk rakyat Sabah.

Kalau tak silap menteri itu kata GST tidak dikenakan kepada kupon relod tetapi GST hanya akan dikenakan terhadap penggunaan kupon relod.

Maknanya kalau kita beli kupon relod RM10 tiada GST tetapi kalau kita mula guna kupon itu maka GST akan diaktifkan, mungkin menerusi tambahan kos pada kadar panggilan mengikut jenis sim atau telco yang kita masing-masing pakai. Contohnya DG, Celcom, Tune Talk dan Maxis dan sebagainya.


Mungkin maksud menteri Persekutuan tersebut ialah jika dulu kadar panggilan seminit ialah RM0.30 sen mungkin selepas GST kadar itu meningkat ke RM0.32 sen. Mungkin begitu.

Apa yang saya mahu komen ialah bukankah kita memang akan gunakan kupon yang kita beli?

Saya tidak pernah membeli kupon relod untuk tidak menggunakkannya. Kalau bukan saya yang guna, isteri saya atau anak yang guna.

Tiada orang yang beli kupon relod dan tidak mahu menggunakannya. Itu kerja bodoh.

Oleh itu menteri yang berkata kupon relod tidak dikenakan GST tetapi hanya dikenakan GST apabila ada penggunaan hanyalah seperti memperbodoh-bodohkan rakyat pengguna dan dirinya sendiri juga.

Ia macam boleh dikatakan "kalau tidak mahu kena GST, janganlah guna itu kupon" ataupun "kalau tidak mahu kena GST, jangan buat panggilan, tunggu saja orang lainj yang panggil".

Saya tidak fahamlah ini Malaysia. Menteri-menterinya sesuka hati berkata apa mereka mahu cakap yang penting dasar dan keputusan kerajaan dapat disokong dan dipertahankan.

Ada saja alasan mereka walaupun semakin banyak yang tidak masuk akal seperti alasan Menteri mengenai kupon relod ini.   

Tuhan sajalah yang tahu apa mahu jadi Malaysia hari ini dan dalam pilihanraya umum akan datang ini. Mudah-mudahan kerajaan dan pemimpin yang dipilih adalah yang tidak memperbodoh-bodohkan rakyat lagi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog