Top posts

Featured Posts

Terima kasih Musa, tapi...

BEBERAPA hari lalu, Ketua Menteri, Musa Aman, telah umum bahawa warga tua atau warga emas sentiasa dibela oleh kerajaan. Bagi pihak warga emas Sabah, saya ucap terima kasih banyak-banyak Musa.

Jaminan beginilah yang kami mahu dengar dari Kerajaan. Tapi betulkah kerajaan di bawah Musa memelihara warga tua di Sabah ini? 

Apakah kemudahan baru yang telah diberikan oleh Musa kepada golongan seperti kami ini?

Adakah sesuatu yang baharu? Atau sekadar sambungan bantuan-bantuan yang sedia ada sejak sekian lama... Saya dengar bantuan kebajikan pun makin ramai yang tidak dapat, lebih-lebih lagi golongan kaum kadazandusun. Betulkah ini? Apa sudah jadi ni Musa?

Bagaimana pula kepada warga emas yang sudah diisytihar "bankrap"? Apakah yang kerajaan negeri telah lakukan kepada golongan yang dibangkrapkan ini? Bagaimana kerajaan boleh bantu kebajikan keluarga warga emas begini?

Dengan harga barangan semakin tinggi, saya fikir kehidupan warga emas makin terhimpit. Anak-anak mereka juga sudah tentu makin kekurangan akibat kenaikan kos barangan, jadi kepada siapalah warga emas akan bergantung untuk bantuan?

Bolehkah kerajaan atau Musa Aman bantu kami. Kami menunggu Bajet 2015 yang bakal Musa bentangkan di Dewan Undangan Negeri minggu depan. Mudah-mudahan ada peruntukan tambahan untuk warge emas Sabah.

1 comment:

  1. Mimang betul komen tobpinai fred ini terima kasih Musa Aman tetapi banyak lagi hal kerjaan mesti lihat masalah-masalah warga emas Sabah. Bantuan Kebajikan pun skejap ada sekejap tiada kenapakah demikian?

    Sepatutnya makin warga emas susah makin banyaklah bantuan tidak kira warga itu bangkrap atau tidak tapi lebih=lebih lagi kepada yang miskin dan susah mencari kehidupan.

    Jangan cakap saja Musa tapi tidak serupa bikin. Terima kasih.

    ReplyDelete

Search This Blog