Top posts

Featured Posts

SSPR Gesa Tindakan Terhadap Ugutan Keatas Warga Sabah, Sarawak


Ranau:   Sebuah NGO tempatan yang diketuai oleh Jalibin Paidi hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau untuk mengemukakan laporan polis. Seramai 27 orang, yang mewakili Pertubuhan Sepakat Satu Perjuangan, Ranau ( SSPR ) telah tampil untuk mengemukakan laporan.


Menurut Jalibin, laporan polis itu dibuat terhadap post di Facebook oleh sebuah kumpulan yang menggelar kumpulan itu sebagai 'Semenanjung Malaysia ANTI Sabah & Sarawak' yang amat keterlaluan, mengancam keselamatan orang-orang Sabah di Semenanjung dan mampu mengancam keharmonian masyarakat majmuk dalam Malaysia.



"Kami Sabahan yang cintakan perpaduan, hidup harmoni, tahap toleransi berbagai kaum dan agama yang tinggi, dan saling menghormati, tidak mau ada pihak yang cuba menyemai bibit perpecahan dan ketidakamanan. Pihak admin atau individu 'Semenanjung Malaysia ANTI Sabah & Sarawak' mesti disiasat dan dihentikan perbuatan mereka oleh pihak berkuasa sebelum ia semakin menjadi-jadi" ujar Jalibin.

Difahamkan, lebih daripada 40 laporan sama juga telah dibuat oleh ramai individu atau sekumpulan individu, bukan saja di Sabah, malah di seluruh Malaysia.








No comments:

Post a Comment

Search This Blog