Top posts

Featured Posts

Klik Berkuasa Sarawak Lagi Sekali Menghalang Tan Seng Hin dari Masuk ke Miri, Wajah Maharajalela dan Sifat Politik Pemerintah yang Rapuh Terdedah Sepenuhnya

Penerbangan AirAsia AK5013 yang seharusnya berlepas dari Miri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 12:55 tengahari, 15 Febuari 2014 telah ditunda sehingga pukul 3:06 petang. Penundaan ini ekoran daripada klik berkuasa Sarawak yang hendak mengusir Tan Seng Hin keluar dari Miri seawal mungkin mengarahkan pesawat tersebut berpatah balik ke apron dari landasan pelepasan. Pesawat AirAsia AK5013 akhirnya berlepas dua jam lewat dari jadual asal kerana terpaksa menunggu Tan Seng Hin menaiki pesawat. Peristiwa ini kini menjadi topik yang hangat diperbincangkan di kalangan masyarakat Miri mahupun Sarawak.

Bekas setiausaha Persatuan Hainan Miri, Tan Seng Hin yang juga merupakan ahli jawatankuasa Sahabat Rakyat Working Committee bertolak ke Miri, Sarawak pada 15 Febuari ini untuk menghadiri majlis perkahwinan dan jamuan makan malam anak lelakinya, Tan Yih Shin di Restoran Boulevard yang akan berlangsung pada 16 Febuari. Dia telah mengatur untuk berlepas balik ke Johor Bahru menaiki penerbangan AK5013 AirAsia dari Lapangan Terbang Miri pada 12:55 tengahari 17 Febuari. Namun, dia tidak dibenarkan masuk ke Miri kerana dihalang oleh pegawai imigresen lapangan terbang Miri dibawah Peraturan Imigresen Sarawak. Pada masa yang sama, mereka memaksa Tan Seng Hin menaiki pesawat AirAsia AK5013 yang sedang bersedia berlepas dari Miri pada ketika itu. Untuk mengusir Tan Seng Hin secepat mungkin, klik berkuasa Sarawak telah mengabaikan kepentingan syarikat AirAsia dan kesemua penunggang pesawat AK5013 pada hari tersebut. Pesawat tersebut yang sudah siap sedia untuk berlepas di landasan telah diarah berpatah balik ke apron. Pesawat AK5013 akhirnya terpaksa berlepas pada pukul 3:06 petang iaitu 2 jam lewat dari jadual asal kerana menunggu Tan Seng Hin.

Tan Seng Hin ditahan oleh pegawai imigresen semasa dia tiba di Lapangan Terbang Miri. Dia sedang berunding sedaya upaya, dengan menuntut pegawai supaya tunjukkan sebab dia dihalang dari masuk ke Miri. Malah, pegawai tersebut memanggil pegawai penguatkuasa lain-lain. Mereka berniat menolak Tan Seng Hin secara paksaan dengan kerusi roda ke pesawat AirAsia yang sedang bersedia berlepas.

Sahabat Rakyat Working Committe mengemukakan tiga poin kenyataan berikut:

1. Kami berpendapat bahawa tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang Tan Seng Hin daripada masuk ke Sarawak dan memaksa dia meninggalkan Sarawak serta-merta merupakan satu tindakan penganiayaan politik oleh klik berkuasa. Klik berkuasa telah salahgunakan kuasa dan melanggar hak kebebasan dan demokrasi warganegara. Kes individu-individu yang tidak sependapat dan pemimpin-pemimpin parti politik dan pertubuhan yang dilarang memasuki Sarawak dibawah peraturan imigresen Sarawak sudah tidak asing lagi. Kes Tan Seng Hin kali ini merupakan satu lagi contoh kes-kes sebegini. Penggunaan Peraturan Imigresen Sarawak terhadap orang-orang yang tidak sependapat oleh klik berkuasa Sarawak semata-mata untuk melindungi kepentingan politik dan keperluan golongan pemerintah Sarawak serta mengikut perintah dan kemahuan klik berkuasa Sarawak jelas tidak menghormati dan tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

Hak rakyat Malaysia untuk menetap dan bergerak di mana-mana tempat dalam negara telah diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang digunapakai di Malaysia. Perkara 13 (1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat juga jelas memperuntukkan bahawa “Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan bergerak dan bermastautin di dalam sempadan sesebuah negara.” Oleh yang demikian, tindakan klik berkuasa negeri Sarawak mempergunakan peraturan imigresen ataupun retorik “Sarawak mempunyai hak imigresen otonomi untuk melindungi kepentingan rakyat Sarawak dalam perihal menyertai Malaysia” untuk menghalang orang-orang yang berani bersuara benar daripada memasuki Sarawak adalah satu helah penipuan untuk memperbodohkan rakyat pelbagai kaum. Ia sebenarnya bertujuan mempertahankan kepentingan diri mereka sahaja. Wajah bermaharajalela mereka akhirnya terbongkar dengan kelakuan mereka sedemikian.

2. Selama lebih daripada 20 tahun Tan Seng Hin menetap di Miri pada abad ke-20, dia hanya melakukan aktiviti perniagaan dan tidak pernah terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang. Dia hanya menyertai Persatuan Hainan Miri sebagai setiausaha persatuan. Sebelum dihalau oleh kerajaan Serawak, dia turut dilantik sebagai wakil persatuan untuk menjawat jawatan pengarah (penggal 2001-2002) bagi Sekolah Menengah Pei Min -- sebuah sekolah menengah Bahasa Cina Independent di Miri. Dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengarah sekolah dan setiausaha persatuan kerana terpaksa meninggalkan Sarawak pada 6hb Januari 2001. Melainkan aktiviti masyarakat tersebut, dia tidak pernah melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti politik mahupun terlibat dalam parti politik.

Kami berpendapat, Persatuan Hainan Miri merupakan pertubuhan sosial, Lembaga Pengarah Sekolah Pei Min pula merupakan Non-Profit organization, kedua-duanya merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) yang juga dikenali sebagai pertubuhan masyarakat. 'Pertubuhan masyarakat' atau 'pertubuhan bukan kerajaan' merupakan organisasi yang dibentuk mengikut keperluan dan kehendak rakyat sendiri untuk mempertahankan hak asasi rakyat. Ia adalah relatif dengan organisasi kerajaan atau pertubuhan kerajaan. Di bawah sistem politik yang sedang digunapakai di negara kita, tanggungjawab pertubuhan bukan kerajaan adalah mewakili kepentingan rakyat dan massa yang diperintah. Di satu sudut, ia memantau dan memajukan tadbir urus parti pemerintah untuk kebaikan rakyat, di sudut yang lain, ia memantau dan memajukan tindakan parti pembangkang melindungi kepentingan orang ramai. Pertubuhan bukan kerajaan tidak wujud untuk "menguasai kuasa memerintah dan membentuk kerajaan". Tindakan Tan Seng Hin dihalau keluar dan dihalang masuk ke Sarawak hanya kerana dia telah membangkitkan pandangan dan cadangan yang mungkin bercanggah dengan kumpulan berkuasa United People's Party (SUPP) Sarawak berkaitan isu-isu sekolah Bahasa Cina dan pertubuhan Tiong Hua. adalah amat ironi terhadap 'sistem demokrasi' yang dilaksanakan oleh klik pemerintah.

Fong Pau Teck tampilkan diri untuk memberi sokongan kepada Tan Seng Hin pada waktu kejadian. Selepas kejadian, dia menyeru supaya kerajaan Sarawak membatalkan notis penolakan masuk ke Sarawak terhadap Tan Seng Hin.

3. Kali ini, Tan Seng Hin masuk ke Miri, Sarawak untuk menghadiri upacara dan jamuan perkahwinan anaknya. Klik berkuasa Sarawak yang bersifat angkuh menghalang beliau untuk bertemu dengan keluarga dan sahabat handai, telah menyebabkan seorang ayah yang berusia tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan anaknya untuk menyaksi anaknya berkeluarga. Ini bukan sahaja melanggari budaya tradisi bangsa Cina malahan ia merupakan satu tindakan kejam yang tidak perikemanusian. Tan Seng Hin kini telah berusia 74 tahun. Selama lebih daripada 20 tahun dia menetap di Miri, dia hanya menjalankan aktiviti perniagaan, bukannya aktiviti politik parti; dia hanya seorang peniaga biasa dan bukannya seorang pemimpin parti politik. Kini sudah 13 tahun sejak dia dihalau keluar dari Miri pada 6hb Januari 2001, klik berkuasa Sarawak masih begitu panik dan memperbesar-besarkan isu sehingga mengusir seorang orang tua yang uzur yang sudah lama meninggal masyarakat Miri dengan serta merta. Tindakan Klik berkuasa Sarawak ini telah menunjukkan kerapuhan politik mereka. ADUN Pujut Fong Pau Teck yang berani mempertahankan keadilan rakyat mengkritik, “kes ini hanya akan menyebabkan Sarawak menjadi bahan ketawa dunia”; Beliau turut mencadang kerajaan Sarawak, “membatalkan notis penolakan masuk terhadap Tan Seng Hin, jangan membiarkan Sarawak menjadi bahan ketawa dunia.” (dipetik dari berita Seehua Daily pada 16hb Februari 2014). Biar kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog