Top posts

Featured Posts

Gabungan Mahasiswa dan anak muda membantak kenaikan harga minyak




Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sabah yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan mahasiswa dan kumpulan anak muda GEGAR, pada hari ini membuat kenyataan media berhubung isu kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan Malaysia.  GAMIS dan GEGAR, mengambil pendirian membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Seperti yang diketahui umum, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga minyak Petrol RON 95 dan Diesel sebanyak RM 0.20,  menjadikan harga minyak tersebut masing-masing berharga RM 2.10 dan RM 2.00. Kenaikan ini disusuli dengan kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak RM 0.15 menjadikan harga minyak tersebut RM 2.85.

GAMIS dan GEGAR, mengambil pendirianmembantah kenaikan harga minyak ini dengan melihat kesan yang bakal dialami oleh rakyat Malaysia. Kenaikan harga minyak akan menyebabkan tekanan ekonomi terhadap seluruh rakyat Malaysia. Hal ini berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan disebabkan kenaikan harga minyak  sedangkan pendapatan rakyat masih dikadar yang sama. Ia terbukti selepas sehari pengumuman Perdana Menteri, Pesiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali menggesa kerajaan menaikkan harga tambang bas.

Justeru itu, sebagai satu isyarat kepada pihak kerajaan , bahawa anak muda dan mahasiswa menolak kenaikkan harga minyak ini, kami telah mengadakan Flashmob Membantah Kenaikkan Harga Minyak pada 8 September 2013 bertempat di Gaya Street Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang diadakan adalah Speaker Coner, Protes Senyap dan Survey undian 500 responden berhubung kenaikkan harga minyak.  Seramai 50 orang mahasiswa dan anak muda daripada pelbagai institusi pengajian di Sabah seperti Universiti Malaysia Sabah, UiTM dan Politeknik telah menyertai flashmob ini.

Hasil Survey Undian 500 responden berhubung isu kenaikkan harga minyak, 485 responden tidak bersetuju dengan kenaikkan harga minyak, manakala 15 responden lagi bersetuju. Daripada keputusan ini, kami membuat kesimpulan, majoriti rakyat Malaysia khususnya di Sabah menolak kenaikkan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri. Rakyat Sabah bukan sahaja dibebani dengan kenaikkan harga minyak ini, bahkan turut dibebani dengan dasar kabotaj sebelum ini.

Justeru itu, GAMIS dan GEGAR, mengambil pendirian mendesak Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan. Selain itu, kami menggesa pihak kerajaan memulangkan semula subsidi yang telah dirampas daripada rakyat Malaysia. Kami juga mengambil pendirian, sebagai langkah menstabilkan ekonomi negara, elaun-elaun para menteri dan timbalan dikurangkan agar dapat menjimatkan perbelanjaan negara. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog