Top posts

Featured Posts

Pengundi Kristian Kota Belud kecewa dengan Rahman Dahlan

Kevin Ivan

KOTA BELUD : Ahli Parlimen Kota Belud,  Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menyokong seruan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Al-Kitab (Bible versi Bahasa Indonesia) yang mengandungi perkataan “Allah” dikecam hebat di kalangan penduduk Sabah.

Para pengundi Kota Belud dari kalangan Kristian dalam senyap membidas kenyataannya kelmarin sebagai kurang ajar dan biadap serta “kacang lupakan kulit” terhadap sokongan masyarakat Kristian di Kota Belud.
Mereka yang ditemui FMT bagaimanapun “lega” kerana mengetahui wakil parlimen mereka adalah pengikut Ibrahim Ali dalam hal ini.

Kata mereka, sekurang-kurangnya wajah sebenar Abdul Rahman kini semakin diketahui.

Mereka tidak menuntut kata maaf dari wakil parlimen mereka tapi mengingatinya pada pilihanraya akan datang.

Beberapa pemimpin gereja di sini dan juga di tempat lain di Sabah dikatakan menyebut perkara tersebut dalam doa dan kebaktian mereka dan meminta Tuhan menuntun hati para pemimpin Malaysia supaya tidak menjurus kepada perbuatan yang membawa kepada ketegangan kaum dan agama.

Walaupun tiada pemimpin Kristian khususnya dari Kota Belud tampil ke depan secara terbuka menyangkal Abdul Rahman, namun rata-rata mereka membidas beliau di khalayak mereka sendiri

Masyarakat Kristian Kota Belud nyata kecewa dan terkejut dengan kenyataan terbaru wakil parlimen mereka.

Seorang yang enggan namanya disiar berkata kepada FMT Sabah sekiranya apa yang Abdul Rahman cakap itu benar maka nyatalah beliau salah pedoman dan kini semakin angkuh serta tidak sensitif terhadap agama lain.

“Dia akan menerima akibatnya dalam pilihanraya umum akan datang. Dia telah melukakan hati para pengundi Kristian di Kota Belud,” katanya sambil menambah beliau tidak dibenarkan oleh gereja untuk membuat kenyataan terbuka mengenai perkara itu.

Kelmarin, Abdul Rahman yang kini Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dalam twitter nya dengan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua, berkata dia menyokong seruan Ibrahim Ali supaya Bible yang mengandungi perkataan “Allah” dibakar sahaja sebab ia mengandungi “kesilapan percetakan” (printing error).

Kenyataan Rahman itu bagaimanapun disangkal oleh pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), Rev Dr Eu Hong Seng yang semalam menjelaskan bahawa Al-Kitab yang mengandungi perkataan “Allah” bukan dan tidak pernah akan merupakan salah cetak seperti cuba digambarkan oleh Abdul Rahman.

“Cadangan Rahman Dahlan bahawa ia suatu kesilapan cetak menggambarkan dia tidak peka, menghina dan cuba mengapi-apikan. Ia bersifat menyerang dan tidak boleh diterima.

“Kenyataan Rahman dan juga Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, berhubung perkara ini jelas bertentangan dengan keputusan Kabinet Persekutuan pada April 2011,” kata Dr Eu lagi.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia di mana masyarakat islamnya cuba mendakwa Allah adalah milik eksklusif mereka dan penganut agama lain tidak berhak sama sekali menggunakan perkataan “Allah” dalam doa dan buku suci mereka.

Bahkan ada fatwa Malaysia melarang bukan Islam daripada menggunakan berpuluh lagi perkataan lain yang mereka dakwa milik islam seperti “iman”, “kaabah”, “nabi”, “rasul” dan lain-lain.

Bagaimanapun hakikatnya, penganut Kristian bahkan Sikh lebih awal telah menggunakan perkataan itu jauh sebelum Islam muncul.

Indonesia, negara Islam terbesar di dunia dari segi jumlah penduduk Islam menjangkau hampir 300 juta, merupakan satu-satunya sumber mendapatkan Al-Kitab iaitu Bible dalam terjemahan bahasa Melayu atau bahasa Indonesia kerana kerajaan Indonesia mengiktiraf Kristian sebagai salah satu daripada enam agama nasional.

Sebaliknya Malaysia dengan hanya kira-kira separuh dari 28 juta penduduknya Islam telah cuba dengan pelbagai cara menghalang Al-Kitab dari dibawa masuk dengan alasan ia akan mempengaruhi penganut Islam menjadi penganut Kristian.

Pandangan ini terutamanya dipegang oleh para pemimpin UMNO dan segelintir ulama yang menyokongnya.

Para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk PAS dan PKR cuba lari dari pandangan ekstrim UMNO ini namun masih ada juga golongan dalam PR itu sendiri memihak kepada pandangan UMNO dalam hal ini.

Para ulamak Islam pula berbelah-bahagi dalam hal ini. Bagaimanapun bekas mufti Perlis yang terkenal, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, membidas pandangan Abdul Rahman sebagai bertentangan dengan ajaran iIslam itu sendiri yang tidak mengajar penganutnya membakar buku suci agama lain.

“Orang Islam tidak memiliki Bible, apa yang beliau cakap ini. Islam tidak mengajar umatnya menganggap semua agama lain yang bukan Islam sebagai musuh. Kalau kita bertindak memusuhi mereka, nanti mereka juga memusuhi dan menentang Islam,” antara lain kata bekas mufti itu.

Sementara itu seoarng penasihat Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah, James Ligunjang, dalam kenyataanya lewat facebook berkata kenyataan Abdul Rahman adalah kesilapan besar sebab Al-Kitab yang digunakan penganut Kristian di Malaysia mahupun Indonesia tidak mengandungi kesilapan cetak seperti didakwa ahli parlimen Kota Belud itu.

“Lagipun jika ada kesilapan cetak, hanya penganut Kristian di Indonesia dan Malaysia yang mengetahuinya.

” Ibrahim dan Abdul Rahman tiada locus standi bercakap fasal salah cetak dan mahu membakar Al-Kitab.

“Begitu juga umat Kristian tiada locus standi menyatakan ada salah cetak pada Al-Quran dan mencadangkan ia patut dibakar, seperti cuba diunjurkan oleh Rahman Dahlan,” katanya.

Perkara penggunaan perkataan “Allah” oleh umat Kristian di Malaysia ini juga sedang menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan di mana pemimpin Katolik telah membawa perkara ini ke mahkamah untuk keputusan.

3 comments:



  1. Karau noh Raman ta PRU14 !

    ReplyDelete
  2. Satu lagi Lembu UMNO!

    Sungguh memalukan warga Kota Belud!

    Bagus buang pigi laut! Tiada guna untuk Kota Belud.

    Bazirkan undi warga Kota Belud cium tangan dia punya Tuan Penjajah.

    ReplyDelete
  3. In his rebutal raman dalan explained a lopt on his interview with a malsyaikini reporter which was a follow up to his eqarlier Tweet with Yb Tony Pua where they discussed about Ibrahim Ali stands which Raman purportedly supported.. Why Raman dint say anything about thw tweet? Tipula kuat tipu orang !!

    ReplyDelete

Search This Blog