Top posts

Featured Posts

Jeffrey: 2013 tahun perubahan bagi Sabah

Ketua Parti Reformasi Negeri (STAR) negeri Sabah
itu juga meramalkan perubahan besar akan berlaku
pada lanskap politik negara.
By Luke Rintod of FMT
TAMBUNAN : Ketua Parti Reformasi Negeri (STAR) negeri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata tahun 2013 merupakan tahun untuk membetulkan kesilapan, perubahan dan pemulihan bagi rakyat Sabah.
“Tahun ini akan menjadi tahun pembetulan, perubahan dan pemulihan bagi kita semua, sebab sudah banyak yang salah perlu diperbetulkan,” katanya sambil meramalkan perubahan besar akan berlaku pada lanskap politik negara.
Jeffrey berkata demikian dalam ucapannya sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru beliau yang diadakan di Tambunan Village Resort Centre (TVRC) dekat sini semalam.
Jeffrey yang juga Pengerusi United Borneo Front (UBF), NGO yang bertanggung jawab menyedarkan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai hak-hak autonomi mereka yang semakin terhakis mengingatkan rakyat Borneo bahawa masa untuk perubahan dan pemulihan sudah tiba.
“Kita mesti ambil tanggung jawab itu untuk memperbetulkan semua kesalahan yang telah menimpa rakyat kita supaya masa depan anak cucu kita lebih terjamin,” katanya.
Pada kesempatan itu, beliau juga membayangkan bahawa STAR sudah bersedia memikul tanggung jawab berat mengambil alih peranan utama dalam memperjuangkan apa yang beliau sifatkan memulihkan maruah Sabah sebagai sebuah negara dalam persekutuan Malaysia.
Kecuali beberapa orang, ramai bakal calon pilihanraya STAR yang hadir pada majlis di Tambunan itu kelihatan masih risau nasib mereka sama ada akan dicalonkan atau tidak dalam pilihanraya umum yang tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog