Top posts

Featured Posts

Setakat manakah kejujuran bn selepas pecah tanah?

Naib Ketua Pemuda SAPP, Rudy S. Mairi
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Kerajaan Barisan Nasional (BN) digesa agar penyempurnaan majlis pecah tanah pekan kecil Melalap benar benar menepati janji mereka kepada rakyat dan bukan ibarat sekadar melepaskan batuk ditangga kerana pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) sudah menghampiri waktunya.

Malahan majlis seumpama itu pernah berlaku semasa era bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad lebih 10 tahun lalu dimana ketika itu satu majlis pecah tanah di Tenom Lama kononnya untuk memulakan pembinaan jalanraya antara Tenom ke Beaufort namun sehingga kini dilupakan begitu sahaja.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi (gambar) berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Selasa ketika mengulas majlis pecah tanah pembinaan pekan kecil Melalap yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pada Sabtu lepas.

Rudy berkata, sepertimana yang diharap harapkan rakyat dikawasan Melalap agar ianya menjadi kenyataan, begitulah juga dengan SAPP yang tidak putus putus bersuara menagih janji janji pemimpin mereka sejak tahun 2008 lagi supaya ia direalisasikan.

“ Kita tidak mahu mereka memperalatkan janji sebagai satu mekanisma politik mereka untuk menanamkan harapan rakyat secara melampau tetapi selepas pilihanraya segala janji dan pecah tanah terus berkubur.

“ Kita bukan berkata sembarangan tetapi ia mempunyai bukti bahawa janji dan pecah tanah pernah berlaku sebelum ini termasuk janji pembangunan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib ketika beliau melancarkan pemberian geran komunal diKemabong tahun lalu...sehingga sekarang tiada tanda tanda ianya telah dilaksanakan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan alasan kelewatan kerajaan memulakan pembinaan pekan itu disebabkan karenah birokrasi Sime Darby selaku pemilik tanah yang terlibat untuk melepaskan dan meluluskan permintaan kerajaan sebagai tidak masuk akal sama sekali.

“ Mengapakah kerajaan perlu tunduk kepada syarikat gergasi itu walaupun ianya sebuah syarikat GLC sedangkan kuasa mutlak untuk mengambil tanah tanah (aquire) bagi sesuatu pembangunan yang amat diperlukan ada pada kerajaan (kenapa)...perlu tunduk kepada syarikat itu,” tegas Rudy.

21 comments:

  1. Jujur ka tak, hanya masa akan mennetukannya. Tapi saya yakin BN pasti mampu menunaikan janji mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang kita harapkan daripada Kerajaan BN. Selepas Pecah Tanah ini apa tindakkan seterusnya. Maka kerajaan perlulah memastikan apa yang dirancang itu akan dilaksanakan sepenuhnya.

      Delete
    2. BN harus laksanakan janji mereka pada rakyat.

      Delete
  2. Takda hal yang akan selesai sekelip mata sajalah. Semuanya tetap ambil masa biarpun sesaat.

    ReplyDelete
  3. Namanya juga pembangkang, memang ada saja yang tak kena. Macam diri tu hebat sangat.

    ReplyDelete
  4. Entah kenapa saya rasa si Rudy ni mahu cari publisiti saja. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rudy ni pok silap kena calon dalam pilihan raya akan datang bah tu.

      Delete
  5. BN pasti akan buat yang terbaik untuk kita. BN takkan bermain dengan kata-kata.

    ReplyDelete
  6. Yakuht, Jalan RTM TenomOctober 4, 2012 at 5:56 AM

    SAPP pandai mengata orang tapi mereka juga berjanji lebih...dulu tenom masa YTL jadi KM dalam sistem penggiliran jawatan KM...dia janji tenom akan buat pelabuhan darat (highland port) yg bermaksud keritapi dijadikan pengangkutan kargo darat dibawa turun ke K.K, tapi sampai tempoh dia abis habuk pun tara!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik SAPP cermin diri sendiri sebelum nak mengkritik BN.

      Delete
    2. begitulah juga jadinya kalau pembangkang pegang putrajaya. janji bulan bintang yang tidak kesampaian. mungkin tunggu kucing bertanduk dulu.

      Delete
    3. SAPP tau cakap saja, tiada idea bgs pn dari SAPP.

      Delete
  7. Slogan 'Janji Ditepati' itu akan mengotakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slogan hanya tinggal slogan kalau pemimpin tidak laksanakan amanah mereka terhadap rakyat.

      Delete
  8. Jangan bandingkan PM yang lepas dengan PM yang kita ada sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin masing2 ada kelemahan dan kelebihan mereka..

      Delete
  9. Adalah lebih baik projek dimulakan sebaik upacara proses tanah dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar ada peruntukan dulu baru buat upacara pecah tanah. sama juga macam signboard projek tu,pacakkan bila ada peruntukan dan projek mula dilaksanakan.

      Delete
  10. Janji2 yang tak tertunai sampai sekarang biar rakyat tagih sampai mereka tepati.

    ReplyDelete
  11. Rudy berkata, sepertimana yang diharap harapkan rakyat dikawasan Melalap agar ianya menjadi kenyataan, begitulah juga dengan SAPP yang tidak putus putus bersuara menagih janji janji pemimpin mereka sejak tahun 2008 lagi supaya ia direalisasikan.

    Statement from Datuk Dr Yee pointed out that the ‘Janji ditepati’ was not merely a slogan but proof that the government is working for the people.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Kita bukan berkata sembarangan tetapi ia mempunyai bukti bahawa janji dan pecah tanah pernah berlaku sebelum ini termasuk janji pembangunan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib ketika beliau melancarkan pemberian geran komunal diKemabong tahun lalu...sehingga sekarang tiada tanda tanda ianya telah dilaksanakan,” tegasnya".

      Datuk Jainab tells opposition in Sabah to stop fanning the people's sentiment against the government

      Delete

Search This Blog