Top posts

Featured Posts

Pemuda Umno Keningau Guna Sentimen 20 Perkara Raih Simpati Pengundi, Star

Oleh: Mail Mathew
TENOM: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Star Sabah Hasmin Azroy Abdullah (gambar), menyifatkan tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Azman Haji Ruslan baru baru ini yang membangkitkan semula isu 20 Perkara sekadar meraih perhatian pucuk pimpinan Umno agar beliau dicalunkan pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.

Beliau berkata, tidak mungkin Azman tidak memahaminya sedangkan ramai pemimpin utama Barisan Nasional (BN) sudah menyatakan bahawa 20 Perkara mempunyai justifikasinya namun beliau sengaja membangkitkannya lagi dalam usahanya menjadi “hero” untuk melawan arus.
“Kita telah jelaskan semuanya dan kita rasa tidak ada yang tertinggal lagi....takkanlah Azman ketandusan isu sehingga memaksa isu 20 Perkara diungkit berulang ulang,” kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu media semasa majlis ramah mesra sempena rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri yang dihadiri kira kira lebih 300 orang diKg Jawa Ulloi pada Ahad.

Azroy yang juga merupakan Ketua Bahagian Parti Star Tenom berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Haji Ruslan semasa persidangan pemuda Umno Keningau yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno pada Ahad.

Pada Ahad, Azman selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau dalam ucapannya meminta golongan yang membangkitkan isu 20 Perkara agar menjelaskan secara jujur tentang mengapa dan bagaimana mereka membuat kesimpulan umum bahawa semua perkara yang terkandung dalam 20 Perkara itu masih “relevan”.

Sehubungan itu, Azroy menjelaskan bahawa sebenarnya adalah menjadi tanggung jawab pemimpin rakyat Sabah untuk memahami dan menghayati perjuangan lampau dan sebaliknya bukan pula berusaha menidakkannya dengan memutar belitkan fakta yang ada.

“Jika tidak relevan saya ingin bertanya kepada Azman, bagaimana pemahaman beliau terhadap perkara ke-7 dalam 20 Perkara iaitu “Right of seccesion”? Bagaimanakah jika perkara ini turut tidak relevan...adakah ini juga dengan sendirinya terkikis daripada salah satu perkara tersebut.

“Malahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan begitu konsisten bercakap tentang isu 20 Perkara sejak tahun 1987 melalui bukunya bertajuk...“ The 20 points, basis for federal state relation for Sabah,” tegasnya sambil menyatakan bahawa buku tersebut pernah diberikan kepada Allahyarham Tun Ghaffar Baba pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri sebagai memorandun.

Tegasnya lagi, 20 Perkara bukan ciptaan Parti Star tetapi ianya merupakan satu usaha dan tanggung jawab pemimpin terdahulu ketika rundingan pembetukkan Malaysia yang melibatkan Sabah, Sarawak dan Malaya namun peranan Parti Star sekadar menyambung lidah perjuangan pemimpin terdahulu, apatah lagi selepas tragedi 'double six' yang turut meragut nyawa kepimpinan utama Sabah.

“Saya mencadangkan kepada semua pemimpin Umno... jika anda takut dan tidak faham bgaimana perjuangn hasrat pemimpin terdahulu, biar kami lakukannya dan ia juga utk kebaikn anak cucu cicit anda.

“Selagi masih bersifat parti yang memerintah buatlah sebaik yang boleh untuk memperjuangkan apa yang boleh tanpa menghina perjuangan pemimpin lama. Lihat sahaja pekan Keningau, terdapat 3 agensi bergerak bersama iaitu Polis, Rela dan JPAM tapi PTI masih berkeliaran bebas,” tegasnya.

Selain itu, Azroy turut mengingatkan pemimpin yang sering mempersoalkan kemerdekaan Sabah dan kewujudan Malaysia sejak 49 tahun lalu terutamanya Ahli Parlimen Kota Belud dimana kelibatnya yang sering keliru sejarah negeri sendiri boleh disifatkan tidak layak bergelar seorang pemimpin.

“Sabah bukan masuk Malaya pada tahun 1957 dan Malaya hanya bertukar nama kepada Malaysia tahun 1963...dimana Sabah pada tahun 1957 masih dibawah jajahan British dan diberi nama North Borneo. Selepas pembentukan pada tahun 1963 bersama Sarawak dan Singapura dan Malaya menerusi atas kertas perjanjian 1963 barulah wujud Malaysia. Ini adalah fakta dan bukan soal mempolitikkannya,” tambahnya lagi.

28 comments:

  1. Jadi bagaimana pula dengan STAR yang selalu memainkan isu ini untuk kepentingan sendiri. ada pihak lain kisah dan bising.

    ReplyDelete
    Replies
    1. STAR tidak ada apa2 yang hebat untuk diundi. Itu adalah kebenaran kerana kita seendiri tahu yang mana kebanyakah ahli STAR adalah ahli dari BN sendiri juga.

      Delete
    2. masih sukar laluan Star di Sabah.

      Delete
    3. ya..PR janji 20%. STAR lagilah melebih-lebih hingga 50%.

      Delete
    4. star yang selalu mainkan isu ini sebenarnya.

      Delete
    5. pihak pembangkang mainkan pelbagai isu untuk tarik sokongan rakyat.

      Delete
    6. Namnaya juga pembangkan jadi ada sajalah bahan yang mahu dibangkangnya.

      Delete
  2. The stability enjoyed today is partly the fruit of commitment among Malaysians wanting to maintain unity. “I cannot stress enough the importance of unity,” said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, adding the 1Malaysia concept, the brainchild of Prime Minister Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, is well accepted and is the way for all to always focus on supporting one another through both good and challenging times.

    ReplyDelete

  3. Calling Malaysians in Sabah to continue holding firm to the 1Malaysia concept and truly understand its aspirations, Musa said the Barisan Nasional government is one that has a proven record in improving livelihoods, and one that is consistent in treating each citizen equally regardless of background.


    ReplyDelete
  4. Musa said Malaysia is a nation that has a lot to be proud of, adding that the state of Sabah too has recorded many milestones in history, as it continues to grow and prosper with the rest of the country.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope that Musa Aman will continue to bring Sabah towards a high income state by 2020.

      Delete
    2. Musa pasti mampu membangunkan Sabah asalkan kita terus menyokongnya.

      Delete
    3. All the best kepada Musa. Sekarang ini tekanan pasti banyak tapi rakyat pasti akan sokong Musa.

      Delete
  5. Today, Malaysia has made great progress in many sectors, and continues to strive for excellence.“Our population is a melting pot of diverse races and beliefs, and it is for this reason our country has continued to see progress. Each individual is important, and each person holds knowledge and experience that will lead Malaysia to more success. We remain united, we work with one another, and we respect each other.

    ReplyDelete
  6. “However, despite our best efforts, our sincerity in helping the rakyat (people) is sometimes questioned by certain quarters. I would like to urge leaders and civil servants to focus their energies on finding solutions for the rakyat, and to not get drawn into debating allegations that are thrown against the government.”

    ReplyDelete
  7. In the past year alone, strides have been made in the implementation of the Economic Transformation Programme (ETP) and the Government Transformation Programme (GTP).The GTP recently launched its 2.0 version, and is a roadmap that charts the direction of the seven National Key Result Areas (NKRAs), and these initiatives, running in tandem with other programmes including the 10th Malaysia Plan are evidence of the government’s commitment in creating a better nation for all Malaysians.

    ReplyDelete
  8. In addition, the federal government has been generous in its allocations for Sabah and this has allowed them to further develop the state and to create jobs and economic spinoffs.“Apart from large scale investments in critical economic sectors, bread and butter issues that impact Malaysians are constantly addressed. The rising cost of living is one of the issues that is given serious attention and is one of the seven NKRAs.

    ReplyDelete

  9. “The government puts the people’s interests first, and despite billions already spent on subsidies, RM500 in aid was given to households with a monthly income of less than RM3,000 through the 1Malaysia People’s Assistance scheme (BR1M).

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap usaha untuk membantu rakyat akan berterusan.

      Delete
    2. Banyak manapun usaha kerajaan utk bangunkan Sabah, sukar untuk kita melihatnya kerana pembangkan pasti akan berusaha utk mencari kelemahan yang ada.

      Delete
  10. “Recently, the federal government announced a half-month bonus or minimum payment of RM500 for civil servants, and a special payment of RM500 for pensioners. The Sabah state government also followed suit with a similar incentive for state civil servants. Only a government that has the best interests of its people will go to great lengths to provide bonuses and special incentives for its citizens,” said Musa.

    ReplyDelete
  11. The Prime Minister, he added, is also gathering feedback from citizens on what should be included in the National Budget for 2013, and this is yet another signal of how sensitive the BN is towards the needs of the people. “While we rejoice during this celebration, we must also remember the less fortunate. I am pleased that various groups and individuals continue to bring cheer to those who are disadvantaged.

    ReplyDelete
  12. rakyat perlu nilai dengan bijak sesuatu pekara.

    ReplyDelete
  13. kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat. harap ini akan berterusan.

    ReplyDelete
  14. Semuanya terletak ditangan rakyat untuk menilai perkara ini.

    ReplyDelete
  15. "Pemuda Umno Keningau Guna Sentimen 20 Perkara Raih Simpati Pengundi, Star"

    bukan STAR dan parti2 pembangkang yang lain ka yang menggunakan sentimen 20 perkara untuk meraih undi??

    ReplyDelete
  16. jika Azroy tidak bersetuju dengan kenyataan Azman Haji Ruslan, saman saja la.. lagi bagus jika Azroy saman sekali kerajaan persekutuan atau membawa perkara ini ke mahkamah antarabangsa..

    ReplyDelete
  17. tahniah jafrey kerana membuka mata semua rakyat sabah tentang sejarah sebenar pembentukan Malaysia. Diharap sabahan jati tolong baca sejarah, jangan jadi macam pengampu tengok jamalulul kiram sampai ke kementerian dalam negeri dan majlis keselamatan negara diorang hantar surat tuntutan. Sejarah tuntutan sulu ke atas sabah contoh terbaik pemangkin supaya rakyat malaysia sabah(1963)bersatu padu menentang pencabul kedaulatan negara-negara yang membentuk persekutuan malaysia.Kita jangan emosi.Kita jangan biarkan orang lain kata kita bodoh, tinggal di atas pokok, orang yang tidak pernah nak lrt dan orang yang senang dicucuk hidung seperti kerbau,Korang tidak terasakah kita dihina seperti itu? Kepada rakan-rakan di atas tahniah kerana anda ada semangat patriotik dan kita letakkan semangat patriotik ditempat yang betul lagi nyata bersatulah kita supaya tidak roboh bangsa kita.

    ReplyDelete

Search This Blog