Top posts

Featured Posts

31 ditahan ‘Occupy’ pejabat MB Pahang, 2 dicekik polis

Oleh Sidiqin Omar
KUANTAN 10 Julai: Seramai 31 penduduk Cameron Highland termasuk 12 perempuan dan enam kanak-kanak ditahan polis dalam bantahan ‘Occupy’ di hadapan Pejabat Menteri Besar Pahang, kira-kira jam 4.00 petang tadi.

Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highland, Suresh Kumar memberitahu, pembantu Ahli Parlimen Sungai Siput, S Nagendran dan seorang lagi dikenali Uthayakumar, dicekik Ketua Polis Kuantan, Jasmani Yusof ketika ditangkap.

“Sekarang kami ditahan di IPD Kuantan. Kini sedang dapatkan pertolongan dari Biro Bantuan Guaman,” katanya kepada Keadilan Daily.

Menurut Suresh, himpunan itu menuntut janji MB Pahang, DatukSeri Adnan Yaakob berhubung pemilikan tanah, pemindahan penduduk dan penempatan semula gerai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Hotel Aranda Nova.

“Pengambilan tanah melibatkan enam rumah, empat blok kebun dan empat gerai. Empat tahun kami berjuang. MB janji untuk selesaikan April lepas. Tapi sekarang dah tiga bulan berlalu,” kata Suresh.
Jelas beliau, projek itu tidak pernah dirunding dan sehingga kini pemilik rumah yang didiami 14 keluarga telah dua kali diberi notis pindah dengan yang terakhir, Februari lalu.

“Selepas itu kami bantah dan mereka tangguh roboh. Kami mohon pemilikan tanah dari tahun 80-an. Dipanggil temuduga, tapi tak pernah lulus.

“Kebun sayur dah 40 tahun diusahakan. Sekarang rumah penduduk nak diroboh. Mana nak cari rumah ganti?

“Gerai ganti yang ditawarkan pula lebih kecil. Dari 23 tapak, hanya ada lima tempat letak kereta. Tiada bekalan elektrik, tiada tandas dan terletak di selekoh. Tak sesuai.

“Empat kali tulis surat kepada Menteri Besar, tak berbalas. Paling baru, Khamis lalu. Perkara utama yang penduduk mahu ialah MB datang ke tempat kami dan lihat masalah mereka,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog