Top posts

Featured Posts

Haramkan DPPIMS Untuk Jayakan RCI!

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

KERAJAAN Persekutuan digesa mengharamkan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) yang selama ini menjadi pelindung kepada pendatang haram India yang mendapat kerakyatan songsang di Sabah.

Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu membuat gesaan demikian sebagai mengulas keputusan Perdana Menteri untuk melaksanakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi mengatasi isu PATI dan kerakyatan songsang di Sabah setelah terma rujukan (TOR) diselesaikan dalam masa yang terdekat.
Menurut Patrick, 99 peratus ahli DPPIMS adalah pendatang asing India yang mendapat atau membeli Mykad Projek daripada Sindiket Kad Pengenalan; termasuk daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah.

Sebagai contoh kata Patrick, Setiausaha Agung DPPIMS, Mohd Ansar Bin Maidin telah dikenalpasti sebagai PATI daripada India yang memalsukan dokumen pengenalan diri untuk mendapatkan kad pengenalan merah bernombor H6033634 sebelum mendapatkan Mykad 620617-12-5063 menggunakan dokumen orang mati tanpa proses Warganegara.


Menurut Patrick, pada 5 Februari 2009, seorang Warganegara Malaysia, Kamaruddin Omar (590829-10-5633/6884049) telah membuat Surat Akuan Bersumpah di Mahkamah Kota Kinabalu dan telah menyerahkan sesalinan kepadanya yang antara lain mendakwa bahawa Setiausaha Agung DPPIMS, Mohd Ansar Maidin adalah pendatang haram India yang memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan Malaysia dengan syubahat seorang warganegara Malaysia.

Dalam Surat Sumpah tersebut kata Patrick, Kamaruddin menyifatkan Presiden DPPIMS, Datuk Baisul Khan Salman Faris adalah 'Penjenayah' kerana melindungi Warga India yang mendapat kad pengenalan projek melalui sindiket yang ditumpaskan Kerajaan Malaysia pada 1995.

"DPPIMS harus dibubarkan SERTA MERTA kerana adalah Pertubuhan Haram di sisi undang-undang kerana 99 peratus ahlinya adalah pendatang haram India," ujar Patrick yang menunjukkan salinan beberapa pasport India Majlis Tertinggi DPPIMS.

Tegas Patrick, usaha Perdana Menteri akan menjadi sia-sia jika isu kerakyatan songsang ini jika rakyat Sabah tidak memberikan sokongan padu; terutama masih memberi sokongan moral dan material terhadap semua rangkaian restoran dan kedai milik ahli DPPIMS.

"Tiba masanya kita memboikot semua warga asing yang mendapat kerakyatan songsang Malaysia dengan memulaukan restoran dan premis niaga mereka. Jika tidak semua usaha kerajaan hanya menjadi sia-sia," kata Patrick yang menggesa agar Jabatan Penguatkuasa tidak lagi melindungi warganegara songsang yang mengamalkan rasuah bagi mendapatkan suaka politik dan ekonomi.
Memandangkan JPN telah mengemaskinikan semua data PATI yang mendapat Mykad, maka segala usaha rakyat Sabah, kata Patrick, untuk menghadapkan mereka ke mahkamah menaruh harapan tinggi agar RCI akan menjadi realiti.

Patrick turut mendedahkan bahawa semua gambar aktiviti dan juga blog NGO berkenaan iaitu dppimsab02.blogspot.com telah dipadam SERTA MERTA tanpa alasan yang munasabah..

Dalam pada itu, berikut adalah Surat Akuan Sumpah yang dibuat Kamaruddin Omar sebagaimana yang diserahkan Patrick kepada Sabahkini.net;

BAHAWASANYA, saya KAMARUDDIN BIN OMAR (KP: 590829-10-5633/6884049) seorang Warganegara Malaysia yang cukup umur dan menetap di Kampung Gambaron 2, Telupid, Sabah dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa;

1. Saya adalah pemilik Restoran Zam Zam di Pekan Papar sekitar tahun 1983 hingga 1990.

2. Saya kenalpasti dan mengesahkan bahawa Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPIM) sekarang iaitu Mohd Ansar Maidin adalah pendatang haram dari India.

3. Pada 1983, Ansar atau lebih dikenali dengan nama Ansari yang ketika itu memegang pasport pelawat India pernah bekerja dengan saya sebagai pembuat roti canai selama satu tahun sebelum diberhentikan kerana Ansari tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara sebagaimana yang disyaratkan mengikut undang-undang.

4. Ketika bekerja dengan saya, Ansari bernikah dengan seorang pendatang haram Filipina bernama Rakhi dan isterinya sedang mengandung anak pertama semasa Ansari diberhentikan.

5. Pada 1989, saya terserempak dengan Ansari di Restoran Muslim di Pekan Papar dan dia menunjukkan kepada saya sekeping kad pengenalan bermutu tinggi (bunga raya) di atas nama Mohd Ansar Maidin dan mengakui miliknya.

6. Ketika itu Ansari berkata, "Ini bukan IC Projek, Ini IC original."

7. Saya bertanya Ansari, bagaimana beliau dapat IC ini, lalu Ansari menjelaskan bahawa beliau mempunyai seorang ibu angkat berketurunan India-Dusun di Kawang, Papar yang mengakui Ansari adalah anak kandungnya dengan bayaran RM7,000 (Ringgit Malaysia Tujuh Ribu Sahaja).

8. Setelah berjumpa beliau, saya terus ke Balai Polis Papar membuat laporan terhadap Ansari dan ibu angkatnya kerana memalsukan keterangan diri untuk mendapat Surat Lahir Daftar Lewat tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil sehingga ke hari ini.

9. Sehubungan itu, saya mencabar Ansari dan ibu angkatnya mengadakan ujian DNA untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai hubungan, atau jika enggan, Kerajaan Malaysia hendaklah menangkap Ansari dan ibu angkatnya untuk diadili di Mahkamah Undang-Undang.

10. Saya juga mencabar DPIM agar memecat Ansari jika benar mereka tidak melindungi Pendatang Haram India kerana DPIM adalah Pertubuhan Haram jika masih mengekalkan Ansari sebagai Setiausaha Agung DPIM.

11. Saya membuat surat akuan ini kerana bersedia menjadi saksi kerajaan di mana-mana Mahkamah Keadilan untuk membuktikan bahawa Dewan Perniagaan India Muslim (DPIM) Sabah merekrut Pendatang Haram daripada India yang mendapat kad pengenalan projek daripada sindiket yang ditumpaskan Kerajaan Persekutuan pada 1995.

DAN saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar, serta menurut Undang-Undang Surat Akuan 1960.
DIPERBUAT dan dengan sebenarnya diakui oleh yang tersebut namanya di atas iaitu;

KAMARUDDIN BIN OMAR

No comments:

Post a Comment

Search This Blog