Top posts

Featured Posts

Bumburing tidak dihormati di Kaamatan Tuaran?

Oleh Raymond Tombung
Albert Polino kesal dengan AJK sambutan
Pesta Kaamatan daerah Tuaran yang kurang
pengetahuan dalam bidang protokol.
TUARAN: Benarkah Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing tidak diberi penghormatan di Pesta Kaamatan peringkat Daerah Tuaran pada 10 Mei?
 
Seorang pemerhati, En. Albert Polinoh, di sini menyuarakan kekesalannya di atas apa yang dipanggilnya kegagalan di pihak Jawatankuasa Sambutan dan Protokol Pesta Kaamatan tersebut kerana tidak memberikan penghormatan yang sepatutnya kepada Bumburing yang masih memegang kedudukan sebagai Ahli Parliment P. 170 Tuaran. Bumburing juga adalah bekas Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Tuaran.
 
Saya amat terkejut dan kecewa bila melihat ketika ketibaan Datuk Seri Panglima Wilfred bersama Datin Seri Panglima Rubinah,” kata Albert. Tiada satu pun alat-alat muzik tradisional yang dibunyikan ketika mereka masuk ke dewan.
 
Di pintu masuk Dewan Seri Sulaman yang baru itu terdapat tiga kumpulan pemuzik tradisional, iaitu kumpulan mojumbak Lotud, kumpulan muzik sumazau Penampang, kumpulan betitik Bajau. Di samping itu terdapat juga kumpulan tarian singa Cina.
 
Malangnnya tiada satu pun kumpulan tradisional ini yang memainkan muzik mereka, dan kumpulan tarian Cina juga seperti tidak menghiraukan ketibaan beliau.”
 
Albert berkata ini menunjukkan sikap penganjur yang gagal menunjukkan sikap yang profesional dan lupa apa yang dimaksudkan dengan protokol” sedangkan jawatankuasa penghanjur adalah terdiri dari para pegawai tinggi di Daerah Tuaran, dan pengerusi penganjurnya ialah Tuan Pegawai Daerah Tuaran.
 
Albert yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Suang Lotud Sabah mengesali kegagalan Jawatankuasa Penganjur yang jahil tentang budaya Lotud sebagaimana yang dilihat dengan cara Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, Datuk Hajiji Mohd. Noor dipakaikan sigar.
 
Yang memakaikan sigar itu ialah seorang wanita, tetapi ini adalah salah di segi budaya Lotud,” tegas Albert. Mengikut protokol tradisional Lotud yang memakaikan sigar adalah orang lelaki dewasa yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat, bukan sebarangan orang.
 
Tradisi ini bertujuan untuk menunjukkan penghormatan tinggi kepada orang yang dipakaikan sigar itu. Ini selari dengan tradisi raja-raja di Eropah di mana orang yang meletakkan mahkota ke atas kepala raja ialah ketua agama di dalam negara itu.”
 
Albert juga amat mengesali sikap penhganjur yang tidak terfikir pun untuk menjemput Persatuan Suang Lotud Sabah (PSLS) untuk menyertai pengajuran Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran itu.
 
Saya tidak faham kenapa jemputan dibuat kepada Presiden PSLS, En. Soguli Olid, dibuat pada jam 8.00 malam sebelum pesta itu. Dan itu pun dibuat melalui telefon,” katanya. ”Ketara benar penganjur terlupa kewujudan PSLS yang selama ini aktif di Tuaran, dan di saat-saat akhir jemputan terpaksa dibuat secara tergesda-gesa di asaat-saat akhir, dan itu pun seperti cara jemputan gerila!”
 
Albert yang sangat kecewa berpendapat semua kesilapan dan kelalaian ini mesti diakui oleh pihak penganjur. “Satu permohonan maaf harus dibuat secara umum oleh mereka yang bertanggungjawab,” katanya.
 
Di samping itu, seorang ketua masyarakat yang tidak mahu disebut namanya mengesali kerana bunyi muzik di dalam dewan terlalu kuat dan pendingin hawa juga terlalu sejuk hingga ramai yang menggeletar kesejukan.
 
“Adakah pihak yang berkenaan mahu menunjukkan betapa hebatnya unit-unit pendingin hawa yang berpuluh-puluh itu yang masih baru?” tanyanya. “Dan tidakkah pengurus pentas dapat membeza antara suara muzik yang menasabah dan yang memecah telinga penonton?”

No comments:

Post a Comment

Search This Blog