Top posts

Featured Posts

'Ikan Bilis' didakwa SPRM

SEORANG pembantu tadbir yang bertugas di mahkamah sini dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah kelmarin atas tuduhan menerima rasuah untuk memproses permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran tanpa melalui perbicaraan dan menggunakan sijil kelahiran itu sebagai sah.

Bagaimanapun Jinny Daniul, 30, mengaku tidak bersalah untuk kedua-dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Dean Wayne Daly.

Bagi pertuduhan pertama Jinny didakwa menerima suapan RM50 daripada Maslina Abd Sali sebagai upah untuknya memproses permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran pada dokumen Cabutan Yang Diperakui-Sijil Kelahiran (No Daftar: SB 502795) yang didaftarkan atas nama Sitti Aini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu diantara bulan November 2010 dan 17 Disember 2010, di Makamah Kota Kinabalu.

Dengan itu dia telah melakukan suatu kesalahan dibawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di- bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Jika didapati bersalah, Jinny boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun, dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bagi pertuduhan alternatif, Jinny didakwa dengan curang telah menggunakan sebagai tulen Cabutan Yang Diperakui-Sijil Kelahiran (No Daftar: SB 502795) yang didaftarkan atas nama Sitti Aini yang mengandungi tandatangan Majistrte Kota Kinabalu yang palsu dan yang mana dia ada sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu tarikh dan tempat yang sama.

Jinny didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 465 Kanun yang sama yang memperuntukkan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 24 Mei depan bagi sebutan semula kes itu dan membenarkan Jinny untuk diikat jamin RM10,000 dengan RM5,000 deposit dan seorang penjamin tempatan.

Jinny diwakili oleh peguam Ariel Dason yang bertindak untuk peguam PJ Perira, manakala Awang Samsul Baharum dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mengendalikan pendakwaan.

1 comment:

  1. SPRM stands for Saya Penjga Rosmah Mansor ke haha

    ReplyDelete

Search This Blog