Top posts

Featured Posts

Now rakyat wants Anifah to be replaced in Kimanis !

By Raymond Tombung
KOTA KINABALU: In what appears to be an open confrontation for change, ‘hundreds of Umno members’ in P. 176 Kimanis are demanding that a new candidate be allowed to contest in place of Datuk Anifah Aman to represent the P. 176 Kimanis constitutency in the next general election.

In an interview here yesterday, leaders of the group which are mobilising what they call a Leadership Transformation Movement, said they are demanding for this change because Anifah, who is Malaysia’s current Foreign Minister has been in the Member of Parliament for the area too long and it is time to replace him. So far three demonstrations to voice out this demand had been held, the first in Dewan Kg. Pimping on January 21, 2012, the second in Dewan Lama Pekan Bongawan on the following day, and the third for two days on January 23 to 24 in Dindong, Kg. Bambangan, Membakut.

En. Ag. Kamis Ag. Ahmad, who is a member of the division’s Youth Wing and was the organising chairman of the first demonstration in Pimping, said the attendance was about 500 people, while En. Ag. Mohd. Rizam who chaired the organising committee for the Pekan Bongawan demonstration claimed the attendance was more than 700 people. The third demonstration, according to organiser En. Asno Amat Muda, was attended by about 300 Umno members. All demo participants signed registration books.

Asked as to why the demand for change, Ag. Mohd. Rizam said that Anifah has been the MP for Kimanis for too many terms. “He has represented Kimanis for four terms now,” he said. “Before he was the MP for Kimanis beginning in 2004, he was the MP for Beaufort, which then included Kimanis, beginning in 1999.”

“Our main reason for demanding that he be replaced is the fact that he is not from Kimanis,” Rizam added. “It is long overdue for someone from Kimanis itself to represent this area. The arrangement whereby a constituency is represented by an outsider is outdated and should no longer be practiced by Umno. It is also an insult to the people of Kimanis as if Kimanis doesn’t have anyone qualified to be its own MP.”

Asno from Bambangan, who a member of the Kimanis Umno Divisional Committee, said that it is not in line with the Prime Minister’s 1Malaysia policy to continue with an outsider as their MP. “The IMalaysia slogan specifically says that it’s ‘people first’, so in this case Umno must listen to what the people of Kimanis want. We demand that our MP be from our own area.”

Kimanis is a Bruneian majority area (about 58 percent), with the second biggest being the Kadazandusuns which comprise about 38 percent of voters, while the rest are Chinese and others. “We are not very particular about what racial identity our next MP will be as long as he or she is from Kimanis,” Asno added. Anifah, who is also the brother of Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, is from Bingkul, Beaufort.

The three organisers said that to show the seriousness of the voters in Kimanis about their demand, the series of demonstrations will continue. Asno said that more demonstrations will be held soon, the next ones to be in Kg. Binsuluk, Kg. Madang Pimping, Kg. Biau, Bongawan, and in Kg. Poring which will also be participated by people from nearby Kg. Paung, Kg. Tamalang, and Kg. Pinopok.

Krisis dalam Umno Kimanis, lebih banyak demo akan dianjur

‘Beratus-ratus’ ahli Umno Kimanis mahu Anifah dfitukar

KOTA KINABALU: Dalam apa yang nampaknya satu tuntutan terbuka untuk mendapat perubahan, ‘beratus-ratus’ ahli Umno di P. 176 Kimanis sedang menuntut agar seorang calon baru ditandingkan mengganti tempat Datuk Anifah Aman bagi menjadi wakil kawasan itu dalam pilihanraya akan datang.

Dalam satu interbiu di sini, para pemimpin kumpulan yang menggerakkan apa yang mereka panggil Gerakan Transformasi Kepimpinan, berkata mereka menuntut perubahan ini kerana Anifah, yang juga Menteri Luar Malaysia, sudah terlalu lama menjadi Ahli Parliamen kawasan Kimanis, dan sudah sampai masanya beliau diganti. Mereka memaklumkan sudah tiga demonstrasi telah dianjurkan untuk menyuarakan tuntutan ini, pertama di Dewan Kg. Pimping pada 21hb Januari yang lalu, yang kedua di Dewan Lama Pekan Bongawan di hari berikutnya, dan yang ketiga selama dua hari pada 23 – 24 Januari di Dindong, Kg. Bambangan, Membakut.

En. Ag. Kamis Ag. Ahmad, yang menjadi ahli Pemuda bahagian, dan telah mempengerusikan penganjuran demonstrasi pertama di Pimping berkata kehadiran adalah sekitar 500 orang, sementara En. Ag. Mohd. Rizam yang mengetuai penganjuran bagi demonstrasi di Pekan Bongawan berkata lebih kurang 700 orang telah menghadiri. Demonstrasi ketifa , mengikut ketua penganjur, En. Asno amat Muda, telah dihadiri oleh lebih kurang 300 ahli Umno. Semua peseerta demonstrasi telah menandatangani buku pendaftaran.

Apabila ditanya kenapa tuntutan untuk perubahan ini dibuat, Rizam berkata Anifah sudah terlalu lama menjadi Ahli Parlimen Kimanis dan sudah sampai masa beliau diganti. “Beliau telah mewakili Kimanis selama empat penggal,” katanya. “Sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Kimanis bermula di tahun 2004, beliau telah menjadi ahli Parlimen Beaufort, yang ketika itu merangkumi Kimanis, bermula tahun 1999.”

“Sebab utama kami menuntut agar Datuk Anifah diganti ialah kerana dia bukan dari Kimanis,” tambah Rizam. “Sudah sampai masanya bagi seorang rakyat Kimanis sendiri mewakili kawasan kami. Cara di mana satu kawasan pilihanraya diwakili oleh orang luar sudah ketinggalan dan sepatutnya tidak lagi harus diamalkan oleh Umno. Cara ini adalah satu penghinaan bagi rakyat Kimanis, seolah-olah Kimanis tidak mempunyai seorang pun yang layak menjadi ahli Parlimen kami sendiri.”

Asno dari Bambangan yang juga AJK Bahagian Umno Kimanis, berkata ini semua tidak sejajar dengan dasar 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri kita. Slogan 1Malaysia dengan jelas mengatakan ‘rakyat didahulukan’, maka dalam hal ini Umno harus mendengar apa yang dikehendaki oleh rakyat Kimanis. Kami menuntut seorang Ahli Parlimen yang datang dari kawasan kami sendiri.”

Kimanis adalah kawasan majoriti pengundi Brunei (lebih kurang 58 peratus), dengan kumpulan kedua terbesar adalah pengundi Kadazandusun (38 peratus) dan yang lain orang-orang China dan lain-lain kaum. “Kami tidak cerewet apa identiti kaum Ahli Parliamen kami asalkan dia berasal dari Kimanis.” Asno menambah. Anifah, yang juga adik kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, adalah berasal dari Bingkul, Beaufort.

Tiga ketua penganjur itu berkata bahawa untuk menunjukkan betapa serius mereka tentang tuntutan para pengundi Kimanis, siri demonstrasi tersebut akan diteruskan. Asno mengesahkan banyak lagi demonstrasi akan diadalah dalam masa terdekat, dan yang akan diadakan sejurtus selepas ini ialah di Kg. Binsuluk, Kg. Madang Pimping, Kg. Biau, Bongawan, dan di Kg. Poring yang juga akan disertai oleh rakyat dari Kg. Paung, Kg. Tamalang, Kg. Pinopok yang berdekatan.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog