Top posts

Featured Posts

Hak Tanah Adat Adalah Dijamin Di Bawah Perlembagaan

Oleh Tan Sri Hasmy Agam
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) memandang berat dan bimbang dengan kenyataan terkini yang dilaporkan dibuat oleh Peguam Negeri Sabah bahawa Ordinan Tanah Sabah (OTS) yang berkuatkuasa pada tahun 1930 tidak membenarkan wujudnya Hak Tanah Adat yang baru di Sabah. Menurut Peguam Negeri Sabah tidak ada peruntukan dalam OTS bagi anak negeri untuk membuat penempatan selepas 1930 dan menuntut Hak Tanah Adat, yang mana ianya jelas bercanggah dengan kedudukan Hak Tanah Adat yang merupakan hak asas masyarakat Orang Asal/Asli sepertimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Suruhanjaya juga rasa terkejut dengan komen Peguam Negeri Sabah kerana kedudukan yang dinyatakan ini adalah sama sekali bar dan bercanggah dengan semua dasar-dasar yang sedia ada dan interpretasi OTS, khususnya undang-undang adat dan perspektif bumiputera. Pendirian tersebut amat membimbangkan kerana ianya mungkin akan terus menambahkan kesulitan yang sedang dihadapi oleh anak negeri Sabah berhubung dengan pemilikan tanah di bawah dasar dan undang-undang sedia ada.

Suruhanjaya terus menyeru pihak berkuasa agar dapat memastikan sebarang keputusan polisi oleh Kerajaan Negeri, terutama sekali tentang hal-hal tanah mestilah berdasarkan kepada konsultasi yang berkesan dan bermakna serta mendapat persetujuan dari masyarakat dan pihak-pihak lain yang berminat. Suruhanjaya juga menggesa agar penangguhan kepada sebarang polisi baru berkaitan dengan hal-hal tanah dibuat sehingga selesai Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli, di mana Terma Rujukannya termasuklah kajian semula undang-undang tanah domestik dan undang-undang serta dasar-dasar lain berkaitan yang bertujuan untuk menggabungkan fokus hak asasi manusia dan menangani masalah yang dihadapi oleh Orang Asli di Semenanjung dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam tuntutan mereka terhadap tanah bagi memastikan mereka dapat menikmati hak tanah sejajar dengan keperluan dan kehendak mereka.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog