Top posts

Featured Posts

Pemuda SAPP: Penubuhan RCI lama tertangguh

Oleh Mail Mathew
Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP
Rudy Sulaiman Mairi
TENOM, Disember 14, 2011: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi (gambar), merasa lega dan mengalu alukan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bahawa Barisan Nasional (BN) Sabah telah menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat masalah kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk pemilikan Kad Pengenalan menerusi pintu belakang diSabah.

Katanya, SAPP antara yang telah memperjuangkan penubuhan RCI beberapa bulan lalu berharap isu yang dibangkitkan Pairin itu akan menjadi kenyataan sebaliknya bukan sekadar ibarat melepaskan batuk di tangga untuk mengaburi mata rakyat kerana pilihanraya umum kali ke-13 sudah hampir.

"Kepimpinan SAPP memandang serius masalah ini yang tidak boleh dipandang ringan lagi, dimana ia merupakan ibu segala masalah keselamatan di negeri ini," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Rabu sebagai mengulas kenyataan Tan Sri Pairin Kitingan berhubung isu RCI pada baru baru ini.

Pada Rabu, Pairin yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pengerusi Jawatan Kecil itu dipetik sebagai berkata bahawa Jawatankuasa Kecil BN Sabah telah menyokong idea kerajaan membentuk RCI untuk menyelesaikan masalah PATI diSabah.

Rudy seterusnya berkata, rakyat yang berbilang kaum dan keturunan serta kepercayaan agama yang selama ini berdiri teguh dibelakang kepimpinan SAPP semata mata untuk menyokong perjuangan parti itu supaya RCI ditubuhkan bagi menyelesaikan kemelut isu tersebut malangnya pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus berdolak dalik dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal malah ia membosankan.

"Kita juga sudah mengumpulkan ratusan ribu tanda tangan daripada masyarakat pelbagai keturunan di Sabah menyokong RCI ditubuhkan namun selepas beberapa bulan tanda tangan itu diserahkan oleh Ketua Pemuda SAPP Edward Dagul di Parlimen tidak langsung memberi kesan positif kearah penyelesaiannya," tegas Rudy.

"Kami agak keletihan dan kekadang rasa hilang sabar apabila segala usaha kami dinafikan kerajaan namun sandaran kami adalah rakyat yang bakal menghakimi kerajaan secara demokrasi melalui peti undi dalam PRU ke-13 berlandaskan gelagat buruk mereka," tambah Rudy.

Dalam pada itu, mengenai dengan gesaan segelintir pemimpin UMNO Sabah yang mencadangkan supaya RCI tidak perlu ditubuhkan kerana ia kurang relevan dalam menyelesai isu PATI sebaliknyanya menumpukan penyiasatan pemberian MyKad dan kerakyatan dinegara ini Rudy berkata,

"Penubuhan RCI adalah amat penting supaya kita dapat menyiasat dan mengesan siapakah dalang sebenar disebalik pembuat arahan keatas pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan melalui pintu belakang dimana kegiatan ini secara tidak langsung telah mendorong kebanjian PATI ke negeri ini…kita mahu mereka ini terus diheret ke muka pengadilan.

"Kalau setakat kita gunakan kaedah lain menerusi jabatan jabatan yang berkaitan ia tidak memberi kesan apa apa malah isu ini akan luput dan hilang secara perlahan lahan," tegas Rudy.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog