Top posts

Featured Posts

Gotong Royong Gereja SDA Kg Podos

Majlis gotong-royong mengecat dan membersih kawasan bangunan gereja SDA Kg Podos, Kota Belud

Suatu lagi kerja amal bergotong-royong iaitu mengecat dan membersihkan kawasan Bangunan Gereja SDA Kg. Podos, yang telah dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin SAPP kawasan Kadamaian bersama-sama penduduk-penduduk Kg. Podos pada 11/12/2011.

Mengikut kenyataan Ketua Gereja SDA Kg. Podos iaitu Encik Said Gondol, adalah menjadi suatu aktiviti tahunan bagi ahli-ahli gereja mereka untuk membaiki dan mempertingkatkan Bangunan Gereja mereka sempena menyambut tahun baru akan datang.

Pada tahun ini, Ketua Gereja merasa bersyukur dan terima kasih kerana mendapat sumbangan daripada pemimpin-pemimpin SAPP yang diketuai oleh Puan Agnes Liewpin, Ketua Bahagian SAPP Kadamaian seperti cat, simen dan blok untuk pembaikian gereja mereka.

Turut hadir pada majlis gotong-royong ialah Encik Peter Marajin Ahli Majlis Tertinggi SAPP merangkap Naib Pengerusi SAPP Kadamaian., Encik Jack Giau Ketua Penerangan Zon Utara Tengah SAPP, Encik Maslan Maginda Setiausaha Bahagian dan Encik Kanul Gindol.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog