Top posts

Featured Posts

SUMPAH LAKNAT UNTUK BN?

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

“SAYA bersumpah dengan nama Jesus Kristus, bahawa semua keturunan bangsa saya tidak akan mengundi BN pada PRU 13 ini kerana kerajaan BN yang selama kami sanjung tinggi telah menganiaya kami seperti binatang; sebaliknya mendewakan warga Indonesia dan Filipina yang tidak langsung berhak tinggal di Sabah,” ujar Hendry Salidoh, 20, seorang penduduk dan pemilik tanah adat di Kampung Malagatan, Tongod.


Hendry mengadu, bukan sahaja tanahnya dirampas oleh Corak Nakhoda Sdn Bhd, malah beliau telah dibelasah dan dicekik lehernya oleh para pekerja syarikat tersebut, termasuk dua orang PATI yang bertugas sebagai pengawal keselamatan.

“Saya sudah laporkan kes ini kepada pihak polis tetapi tiada sebarang tindakan diambil, bahkan polis bersekongkol dengan pihak Syarikat untuk ‘membunuh’ kami sekiranya kami enggan berundur dari tanah kami,” kata Hendry.

Tetapi kata Hendry, beliau tidak akan berganjak walaupun seincipun dari tanah tempat kelahirannya kerana tanah yang beliau duduki ini sudah berdekad lamanya, apatah lagi beliau adalah generasi yang ketujuh menduduki tanah tersebut.

“Kenapa kita harus mengalah dengan orang Cina keparat dari Semenanjung datang ke Sabah dan dengan begitu mudah mengusir kami? Inikah dasar kerajaan BN yang kami sokong selama ini?” tanya Hendry lagi.

Sebaliknya kata Hendry, kenapa Kerajaan BN memberikan layanan istimewa kepada orang Bugis yang menggunakan MyKad projek sedangkan Anak Jati Sabah yang bertungkus lumus memenangkan BN dikorbankan tanpa peri kemanusiaan.

TEMUBUAL....Hendry menceritakan kepada Sabahkini.Net mengenai
kes beliau dibelasah oleh pekerja syarikat berkenaan.


Kata Hendry, apa gunanya UPKO, PBS dan PBRS yang hanya ikut telunjuk sahaja sehingga anak bangsa mereka terus ditindas tanpa berjaya dibantu.

“Saya bagi pihak semua penduduk di kelima-lima kampung iaitu Kampung Sogo-Sogo, Kiandungu, Malagatan, Kaliwatung dan Lumangkau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Jeffrey Kitingan kerana begitu prihatin terhadap nasib kami yang bakal jadi pelarian setelah kampung kami dimusnahkan oleh Corak Nakhoda Sdn Bhd. Tidak lupa juga kepada Sabahkini.Net yang menghantar wartawan dan juru foto ke kampung ini untuk menyaksikan sendiri apa yang sudah berlaku,” ujarnya.

Kata Hendry, mereka sudah tiada lagi tempat untuk mengadu nasib mereka yang ditindas ini oleh manusia yang bertopengkan syaitan setelah SUHAKAM hanya bermain wayang dan tidak bersungguh-sungguh membela mereka.

“Lapor kepada polispun hanya membuang masa kerana polispun bersekongkol dengan Corak Nakhoda. Malahan kami turut dibelasah setengah mati oleh polis. Jadi kami tiada lagi pilihan melainkan berserah saja kepada Tuhan. Semoga mereka yang menganiaya kami ditimpa bala dan malapetaka yang amat dasyhat,” tambahnya.

3 comments:

  1. Amen! Sebab doa ini datang dari mereka yang dizalimi orang yang berkuasa dan patut melindungi.. Moga keluarga mereka yg menzalimi natif Saah mendapat pengajaran dari tindakan bapa, abang atau pakcik mereka yg bersekongkol dgn syarikat dan org2 UPKO dalm syarikat itu....

    ReplyDelete
  2. Betulkah YB Markus Mojigoh Naib Presiden ahli lembaga pengarah Corak Nakhoda Sdn Bhd?? Kalau betul, alamak kesianlah familinya turut kena sumpah oleh orang yg dizalimi...

    ReplyDelete
  3. Itulah pemimpin UPKO pun mau2 tiru gaya UMNO kan. MP Putatan lah bah itu YB Markus kunu wakil KCCI dalam tri-partite JV Corak Nakhoda Sdn bhd dari Selangor bikin ladang kelapa sawit... UPKO sana sini bising fasal land-grab rupanya pemimpin dia pun rabut tanah NCR orang kampung juga...!!!

    Inilah budaya UPKO dan UMNO serupa saja.. Patutlah Dompok bising2 fasal gas Sabah mau dipaip ke Bintulu Sarawak, bila kena kasi saja "bahagian" dlm pojek di Petronas di Kimanis, bisuk dia Dompok dan UPKO terus diam... sudah dapat duit rakyat kan... Montis Sdn Bhd Datuk Albert Boyou kan?? Betul tak Bumburing?

    ReplyDelete

Search This Blog