Top posts

Featured Posts

Benarkah Kita, ‘Stupid Sabahan?’

SAYA adalah seorang Dusun yang bekerja di sebuah pusat peranginan lima bintang yang terletak di Tanjung Aru dan ingin mendedahkan tingkah laku sesetengah pengurus kami yang amat menghina orang Sabah.

Hotel ini telah menggaji seorang Chef Australia dua tahun lalu dan saya kesal kerana Chef ini kerap memarahi pekerja lain dengan perkataan seperti ‘Stupid Sabahan’.


Penghinaan beliau begitu berleluasa sehingga persatuan pekerja telah mengemukakan rayuan kepada hotel dan beberapa orang menteri supaya dia diberhentikan kerja. Malangnya, tiada sebarang tindakan diambil terhadap Chef yang sombong dan takbur ini, malah kontraknya kerana baru sahaja dilanjutkan.

Keadaan bertambah buruk tahun ini apabila Purchasing Department kami mengambil seorang dari Semenanjung sebagai Pengarah. Orang Semenanjung ini mungkin berfikiran bahawa Orang Sabah masih tinggal di atas pokok dan dia bukan sahaja memanggil kakitangan lain sebagai ‘Stupid Sabahan’, malah beliau juga mendakwa bahawa sesiapa yang berkahwin orang tempatan akan mempunyai anak-anak terbantut!

Dia amat memandang rendah kebolehan orang Sabah dengan menasihatkan hotel supaya jangan lantik orang Sabah ke jawatan penting. Dia juga membawa masuk pembekal besar dari Kuala Lumpur untuk menggantikan syarikat tempatan kerana katanya orang Sabah tidak pandai berniaga.

Keadaan di pejabatnya semakin bertambah buruk sehingga dua daripada empat kakitangan di bawahnya telah meletak jawatan (kedua-duanya orang Kadazan) setelah berkhidmat lebih daripada 15 tahun kerana tidak tahan lagi mendengar perkataan keji yang disebutkan setiap hari oleh ketua unit mereka.

Saya tidak faham mengapa kita benarkan ‘Orang Asing’ ini berfikiran rasis untuk mencari makan di negeri kita. Adalah amat mudah untuk menamatkan perkhidmatan mereka kerana kerajaan Sabah memiliki 60% daripada saham di resort ini serta mengawal pengeluaran permit kerja, sepertimana yang ditetapkan di bawah 20 Perkara.

Mungkinkah pemimpin kita berpandangan bahawa orang Sabah memang bodoh dan ucapan mereka tentang maruah dan kebanggaan rakyat Sabah hanya cakap kosong. Ingat, YB kami yang tersayang, apabila mereka berseru, "Stupid Sabahan", ia menghina setiap seorang daripada kita, dari TYT sehinggalah penduduk kampung.

Oleh itu, jika tiada tindakan diambil terhadap Chef dan Purchasing Manager ini maka terbuktilah bahawa Orang Sabah memang ‘Stupid Sabahan!’

Salam Hormat,

SABASTION

1 comment:

  1. Kpd penulis, tlg bagi nama dua orang asing yg kji dan kurang ajar tu.. nanti kami ajar dia dan familinya cukup2 spy mulut dorang bisu selama2 lamanya...

    ReplyDelete

Search This Blog