Top posts

Featured Posts

Maklumat dakwaan rasuah Gani Patail akan disiasat SPRM

PUTRAJAYA: Maklumat berhubung dakwaan mengaitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang disogok bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif Ho Hup Bhd,Datuk Vincent Lye, akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun menurut Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM, maklumat mengenai hal itu tidak perlu didedahkan kepada umum.



Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan kempen perangi rasuah melalui eksi di bangunan PICC hari ini.
Blog Malaysia Today pada 23 Ogos lalu mendakwa Lye telah memberi sogokan kepada Gani dengan menggunakan dana Ho Hup untuk membayar pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan.

Gani, bagaimanapun, menafikan dakwaan itu dan berkata beliau tidak pernah menerima sebarang wang daripada syarikat pembinaan tersebut.

30, 000 permit teksi

Dalam perkembangan lain, Nazri berkata kempen yang dijalankan secara berperingkat-peringkat itu meliputi lebih 30, 000 permit teksi.

Lebih 200 pemandu teksi dari seluruh lembah Klang hadir hadir dalam taklimat awal pagi tadi.

“Ini hanya permulaan saya percaya SPRM akan berurusan dengan NG0 dan bukan sahaja memberi taklimat tetapi memberi latihan kepada pemandu teksi.

“Kempen ini tepat memandangkan pemandu teksi merupakan kumpulan awal yang berinteraksi dengan penumpang. Maka fakta yang mereka peroleh perlu betul. Mereka ini juga ibarat duta kecil kepada SPRM,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohammed.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog