Top posts

Featured Posts

Pairin mahu Sabah anjur Kaamatan Kebangsaan

bn supreme council mt meeting sapp sabah issue 190608 pairin kitinganKerajaan Persekutuan sebaiknya memberi kepercayaan kepada Kerajaan Sabah untuk menganjurkan perayaan Pesta Kaamatan peringkat kebangsaan, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata kejayaan penganjuran Pesta Kaamatan di setiap kemuncak perayaan itu yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun harus diangkat serta diiktiraf sebagai Pesta Kaamatan peringkat nasional.

"Kita berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana telah mengiktiraf Pesta Kaamatan sebagai perayaan nasional, dan telah diadakan beberapa kali Rumah Terbuka Pesta Kaamatan kebangsaan, cuma ia diadakan secara berasingan," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan peringkat daerah Keningau di Arked Pekan Keningau.

Pairin, yang juga Huguan Siou (pemimpin agung masyarakat Kadazandusun dan Murut), menyambut baik cadangan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak agar kerajaan Pusat mengiktiraf Pesta Kaamatan peringkat negeri yang disambut pada 31 Mei setiap tahun, sebagai perayaan peringkat kebangsaan.

"Cadangan kita adalah supaya program rumah terbuka (kebangsaan) itu diadakan dalam masa yang sama dengan sambutan yang sedia ada sekarang ini yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri pada 30 dan 31 Mei setiap tahun," katanya.

Pairin, yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), mencadangkan agar sambutan kemuncak perayaan Pesta Kaamatan pada 31 Mei yang mana acara penutupannya dilakukan sendiri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah diangkat sebagai perayaan di peringkat yang lebih tinggi.

--Bernama

1 comment:

  1. Doi muka pairin macam wogok ne...

    Sudahlah bah kauu, pencenlah, labi 30 tahun jadi menteri dan YB tida juga yang kau boleh buat...

    ReplyDelete

Search This Blog