Top posts

Featured Posts

Kemunculan UFO di Sabah

Posted by Admin
Borneo Herald meneima emel dari salah seorang pengunjung setia blog ini. Emelnya adalah berkaitan dengan kemunculan UFO di Sabah. Pada Bulan Julai lepas, di Tuaran gempar dengan kemunculan UFO ini. Berita ini  disiarkan oleh akhbar Borneo Post dan boleh baca selanjutnya di sini.

Berikut merupakan isi kandungan emel yang dikirim.
Editor,

Sini saya ada gambar UFO, bukan saya yang ambil, tapi orang kampung di ulu Sg Sapulut yang ambil. Menurut En Alip, gambar itu dirakam oleh pakciknya yang ketika itu bekerja di Kem Balak hutan Sandakan pada tahun 1985.

Ceritanya begini, saya dan 4 orang rakan selalu masuk kawasan balak pergi memburu babi hutan dll binatang. Bulan 8 lepas kami masuk kampung Sesui dan berkenalan denga En Alip. Kalau saya tidak silap, jumlah keluarga di kampung ini kurang dari 10 buah keluarga. Banyak sudah berhijrah ke tempat lain. 

Biasalah untuk menghormati dan meraikan tetamu, En Alip mengadakan Aramai ti...Time ni banyak cerita kamiorg, macam kawan lama saja kami time tu, padahal baru jumpa. 

Bila kami buka cerita cerita UFO di tuaran yang heboh bulan Julai tu, dia pun kasi keluar la dia punya cerita, siap ambil gambar lagi kasi confirm dia punya cerita. Katanya, gambar ini pakcik dia ambil pada tahun 1985, time tu pakciknya kerja di kem balak. Kami mau minta gambar tu tapi En Alip enggan, " kalau kau bayar rm500 satu, bolehla," katanya. Nasib baik ada kamera digital Canon A540 saya yang selalu ikut saya memburu. Saya pun snap la tu gambar yang pakcik dia ambil pada tahun 1985 tu.
Walaupun gambar ni kurang jelas, tapi memang boleh nampak la imej seakan-akan ufo. Tambah En Alip lagi, satu kem ba nampak time tu, menurut pakciknya la.


Entah betul entah tidak, tapi saya macam percaya jugala, selalu juga benda ni muncul di Sabah, ada beberapa kali saya terbaca cerita di New Sabah Times(keranda terbang), Borneo Post dan Daily Express dalam tempoh 10 tahun ni. Tapi inda kisah la asal diaorg inda mengganggu kita kan. Macam lagu si Stacy, "Apa ku kesah"...




3 comments:

  1. UFO di Sabah.. ? Tak hairan kadang2 durang pun pndai tasasat pi sini.. nice pics Thanks to Borneo Herald hehe

    ReplyDelete
  2. Bukan UFO baitu. UBF tu. muncul untuk membela rakyat Sabah yang tdk dpt melawan UMNO

    ReplyDelete
  3. Confirm UFO tu..durang hairan kenapa manusia tebang kayu balak.

    ReplyDelete

Search This Blog